KUALA LUMPUR: Sistem pendaftaran elektronik kenderaan akan dipasang di setiap pintu masuk negara mulai tahun 2015, bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan lebih berkesan terhadap kenderaan asing yang melakukan kesalahan lalu lintas.
Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata melalui sistem yang bakal dilaksanakan seawal Jun tahun itu, pemilik kenderaan asing perlu mendaftarkan kenderaan masing-masing sebelum masuk ke negara ini.