Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siti Nurhaliza nafi sudah bersalin

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: "Belum... Belum bersalin lagi... Jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni..."



Demikian kata pengurus penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cik Rozi Abdul Razak, di laman sosial Instagramnya.



Kenyataannya itu turut disertakan dengan sekeping gambar dirinya bersama artis popular terbabit.



Menerusi perkongsian berkenaan juga, jelas Cik Rozi, Siti masih sibuk menyelesaikan beberapa urusan bersamanya.



Ketika ini, peminat dan netizen sememangnya tidak sabar menunggu kelahiran bayi sulung penyanyi Biarlah Rahsia itu.



Apatah lagi, Siti sendiri dijangka melahirkan cahaya pertamanya, hasil perkongsian hidup dengan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dalam masa terdekat.



Terdahulu, khabar angin itu tersebar susulan sesetengah pihak yang menjangkakan detik penyanyi itu melahirkan bayinya pada Mac ini.



Malah, Cik Rozi sempat berkongsi pengalamannya yang masih menguruskan penyanyi itu, sehari sebelum beliau bersalin.



"Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu (ketika) uruskan@ctdk, esok nak bersalin, hari ini masih bekerja keras.



"Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam," katanya.



Sementara itu, rata-rata peminat Siti mendoakan proses bersalin penyanyi pujaan ramai berkenaan dipermudahkan.



Pada 5 Mac lalu, BH Online melaporkan, Siti, 39 tahun, memilih melahirkan bayi sulungnya menerusi pembedahan.



Katanya, pemilihan kaedah bersalin secara pembedahan dibuat atas nasihat pakar perbidanan yang merawatnya.



Siti Nurhaliza awal dari ini turut melancarkan single terbaharunya berjudul Comel Pipi Merah yang ditujukan khas buat bakal bayinya.



Sebelum ini Siti Nurhaliza telah menamatkan teka-teki jantina bayi sulung apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.



Pengumuman menerusi rakaman video di laman Instagram dibuat bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-39. - BHM, Astro Awani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >