LONDON: Cambridge Analytica, firma analitik pemasaran Britain, mengumumkan kelmarin bahawa ia akan ditutup dan akan memfailkan muflis di Britain dan Amerika Syarikat selepas gagal pulih daripada skandal data Facebook.
Keputusan itu menyusuli tekanan hebat selama beberapa minggu terhadap syarikat itu, yang khidmatnya didapatkan oleh kempen Presiden Donald Trump, selepas muncul tuduhan bahawa ia mungkin merampas hingga 87 juta data pengguna Facebook.