BRUSSELS: Penyiasat Belanda menahan dua suspek dalam siasatan yang semakin memuncak mengenai telur dicemari racun serangga, sedang skandal itu merebak ke timur Eropah dengan penemuan satu tan telur kuning tercemar di Romania.
Skandal itu, yang menyaksikan telur ditarik balik dari pasaran seluruh Eropah, sudah tiba di Luxembourg, manakala Britain berkata ia mengimport 700,000 telur dari ladang di Belanda yang dikaitkan dengan kebimbangan berhubung pencemaran fipronil, jauh lebih banyak berbanding sangkaan awal.