Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Snowkyo 2020: Penganjur Sukan Olimpik Tokyo gunakan mesin salji untuk dinginkan sekitaran

Sep 05, 2019 | 09:22 PM



TOKYO - Penganjur Olimpik Tokyo 2020 telah memikirkan segala-galanya, dari stesen penyembur air ke hiasan bunga yang boleh 'menyejukkan' sekitaran semasa musim panas di sukan Olimpik tahun depan.  Kini penganjur juga mahu  menggunakan mesin salji.



Penganjur mengesahkan pada hari Khamis (5 September) bahawa mereka sedang merancang menguji penggunaan mesin salji di acara kanu, akhir bulan ini kerana mereka sedang mencari cara baru mendinginkan sekitaran bagi para penonton dan atlit ketika musim panas di Tokyo.



"Mesin salji a ini akan menyembur salji ke atas tempat duduk para penonton,” yang mungkin berada di bawah sinaran matahari ketika acara kanu berlangsung pada 13 Sept.



Ini merupakan ujian dalam proses persiapan bagi Sukan Olimpik, menurut seorang jurucakap penganjur Tokyo 2020 kepada AFP.



Penyiar awam, NHK berkata ujian itu akan menggunakan mesin salji kecil untuk menghasilkan sebanyak satu tan salji setiap hari, dan pegawai jawatankuasa penganjur akan hadir bersama penonton untuk menilai keberkesanan teknik itu.



Penganjur Olimpik telah meluahkan kebimbangan mereka terhadap Sukan Olimpik yang akad diadakan pada musim panas di Tokyo kerana, suhu cuacanya kerap mencapai 35 derajat C dengan kelembapan 80 peratus, dan itu merupakan suatu taraf yang tidak selamat.



Mereka telah mencuba pelbagai langkah termasuk stesen penyembur air, khemah berhawa dingin dan juga hiasan bunga di sepanjang laluan beratur - yang bertujuan untuk mendinginkan para penonton secara psikologi.



Pada acara pelayaran bulan lalu, para atlet diberi kebenaran untuk melonggarkan jaket keselamatan mereka kerana cuaca yang sangat panas, sementara seorang pesaing Perancis dirawat untuk serangan panas semasa acara triatlon pada bulan Ogos.



Kali terakhir Jepun menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas adalah pada tahun 1964, di mana pertandingan itu diadakan pada bulan Oktober untuk mengelakkan keadaan musim panas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >