Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sokong ISIS: Tujuh warga Indonesia dipenjara antara 3 dan 5 tahun

Feb 10, 2016 | 09:22 AM



JAKARTA: Tujuh warga Indonesia dihukum penjara antara tiga dan lima tahun kerana terlibat dengan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), dalam kes yang dipantau rapi sebagai ukuran sejauh mana kehakiman Indonesia akan bertegas dalam menjatuhkan hukuman ke atas penyokong kumpulan pengganas itu.


Pegawai mahkamah berkata empat daripada lelaki itu telah pergi ke Syria untuk menjalani latihan ketenteraan dengan ISIS, manakala tiga membantu membeli tiket dan merekrut orang bagi menyertai kumpulan tersebutr.


"Warga Indonesia yang pergi ke Syria dan menyokong ISIS harus dianggap sudah melakukan perbuatan penggagasan," kata hakim beberapa kes itu, Encik Mochammad Arifin, pada Semasa (9 Feb).


"Yang terbukti ialah niat defendan untuk bersubahat, membantu dan menyediakan kegiatan berkaitan pengganasan, kata seorang lagi hakim, Encik Syahlan, sambil menambah tidak perlu untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar telah menjalankan serangan.


Tujuh lelaki itu dipenjara atas tuduhan yang terdiri daripada berlatih dengan sebuah kem tentera di Syria untuk menyebarkan ideologi pelampau hingga mengumpul dana bagi membantu rakyat Indonesia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai ISIS juga dikenali sebagai Negara Islam.


Tuah Febriansyah, alias Muhammad Fachri, yang mengasaskan sebuah laman web yang mempromosikan berita dan video ISIS, termasuk yang menunjukkan siri serangan kejam di seluruh dunia dan ahli ISIS Indonesia di Syria, menerima hukuman paling berat lima tahun penjara.


Laman web ini ditutup pemerintah Indonesia selepas dia ditangkap pada 2014.


Febriansyah juga memberitahu mahkamah dia kenal salah seorang penyerang dalam serangan senjata dan bom bulan lalu di Jakarta, yang mengorbankan empat orang awam.


Dia juga telah mengambil bahagian secara aktif dalam kegiatan ISIS di Indonesia.


Pada Mac 2014, Febriansyah dilaporkan mengambil bahagian dalam satu perhimpunan di bulatan Hotel Indonesia di Jakarta, di mana dia mengisytiharkan sokongannya pada ISIS.


Seorang lagi lelaki, Helmi Muhammad Al Amoudi, alias Abu Roya, dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun selepas didapati bersalah berkomplot untuk memudahkan dan membiayai tindakan pengganasan.


Mahkamah berkata dia amengumpulka lebih 257 juta rupiah ($26,500) untuk membawa orang ke Syria. Beliau juga bekerja sebagai pengawal di kem ISIS di Syria selama dua minggu.


None of the convicts will appeal the verdicts.


Seorang penjual bakso berusia 33 tahun, Ahmad Junaedi, yang mendakwa dia dipujuk supaya menyertai ISIS oleh janji wang yang besar, dipenjara tiga tahun. Ahmad menghabiskan 24 hari di Syria, di mana dia menyertai latihan ketenteraan menggunakan AK-47 dan belajar cara memasang senjata.


Sementara itu, ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir, muncul di mahkamah pada Selasa, hari terakhir permohonannya untuk semakan kehakiman ke atas hukuman 15 tahun kerana menyokong kem latihan militan di Aceh.


Mursyidul Jemaah Islamiyah (JI) itu memberitahu mahkamah di Cilacap, Jawa Tengah, dia tidak menyokong kem itu dari segi kewangan, tetapi sekadar memberi bantuan, lapor akhbar Sydney Morning Herald.


Semakan kehakiman Bashir, 77 tahun, kini akan ke Mahkamah Agung, yang akan membuat keputusan apakah ia akan membenarkannya.


Satu sabitan terdahulu bagi pengeboman Bali 2002 yang membunuh 202, dibatalkan. - Reuters, AFP, Xinhua




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >