KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih memberi kemenangan moral kepada penganjur namun tidak mencukupi bagi mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, meletakkan jawatan, kata para penganalisis semalam.
Dr Mahathir sebelum ini menjelaskan kehadirannya pada perhimpunan Bersih bukan sebagai tanda menyokong Bersih 4, sebaliknya untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat.