Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sorotan pada kesihatan Trump

Jun 15, 2020 | 09:45 AM



WASHINGTON: Keadaan kesihatan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, 74 tahun, sekali lagi menarik perhatian ramai sedang beliau memulakan kempen pilihan raya presiden bagi penggal ke-2. 



Meskipun pemeriksaan kesihatan presiden selalu dilakukan, dan Encik Trump secara amnya kelihatan bersemangat untuk usianya, namun, hasil pemeriksaan tubuh yang biasa dilakukan awal bulan ini menunjukkan beliau mengalami kelebihan berat badan - 110kg - tetapi dengan keputusan ujian yang normal.



Selain itu, penampilannya di akademi ketenteraan Amerika Syarikat di West Point, New York, kelmarin (13 Jun), menimbulkan persoalan baru mengenai tanda-tanda ketidakstabilan yang jelas pada kesihatannya, masalah keseimbangan dan masalah mengucapkan kata-kata tertentu.



Oleh kerana Encik Trump sering mengejek kesihatan dan ketajaman akal lawan pilihanannya dari Parti Demokrat, Encik Joe Biden - yang berusia tiga tahun lebih tua - persoalan mengenai kecergasan jasmani kedua-dua calon dilihat akan menjadi perhatian ramai dalam kempen yang akan datang.



Malah, Encik Trump menjelaskan keadaannya di Twitter setelah satu rakaman video yang tular kelmarin menunjukkan Encik Trump berjalan dengan ragu-ragu dan tidak stabil semasa melalui jalan panjang setelah menyampaikan ucapan di West Point.



"Jalan yang saya turun setelah berucap di West Point adalah sangat panjang dan curam, tidak mempunyai pegangan tangan dan, yang paling penting, sangat licin," kata Encik Trump.



"Perkara terakhir yang akan saya lakukan adalah untuk senang-senang pada 'Berita Palsu. Sepuluh kaki terakhir saya berlari ke bawah. Momentum!"



Wartawan di tempat kejadian menyatakan bahawa cuaca kering dan jalan tidak terlalu curam.



Encik Trump kelihatannya menghadapi masalah kelmarin semasa mengangkat segelas air ke bibirnya - memulakan isyarat dengan tangan kanannya tetapi kemudian mengangkat tangan kirinya untuk membantu.



Ini juga bukan kali pertama beliau salah menyebut sejumlah nama orang Amerika yang terkenal, termasuk nama jeneral tentera Ulysses S. Grant dan Douglas MacArthur.



Persembahannya di West Point bukanlah kali pertama kesihatan Encik Trump dipersoalkan, terutamanya oleh beberapa pengkritik politik utama beliau yang mendakwa presiden itu mengalami masalah demensia atau angin ahmar peringkat awal.  - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >