Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SpaceX lancar kapsul ke angkasa

Mar 02, 2019 | 07:07 PM



FLORIDA: SpaceX milik Elon Musk melancarkan kapsul kru tanpa pemandu menggunakan roket Falcon 9 awal hari ini menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa.



Ia dianggap langkah terbesar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke arah menghidupkan semula program menerbangkan manusia ke angkasa tahun ini.



Kapsul kru SpaceX setinggi 4.88 meter dikenali sebagai Crew Dragon yang dilancarkan roket Falcon 9 dijangka berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida sekitar 3 pagi (waktu tempatan). 



Tiga kru yang berada di stesen angkasa antarabangsa dijangka menyambut ketibaan kapsul berkenaan yang membawa 181 kilogram bekalan dan peralatan ujian awal pagi esok, kata NASA.



Sepanjang lima hari di sana, angkasawan AS dan Kanada, Anne McClain dan David Saint-Jacques akan melakukan beberapa ujian selain memeriksa kabin Crew Dragon.



NASA menganugerahkan SpaceX dan Boeing Co dana AS$6.8 bilion (S$9.22 bilion) bagi membina sistem roket dan kapsul yang setara serta mampu menerbangkan angkasawan ke orbit dari tanah Amerika Syarikat buat pertama kalinya selepas program Kapal Angkasa AS dihentikan perkhidmatannya pada 2011. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >