Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Speaker Dewan Rakyat nafi keluar surat Muhyiddin hilang majoriti

Aug 12, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, menafikan mengeluarkan surat pemakluman kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen kepada Perdana Menteri.



Dalam satu kenyataan semalam, beliau menjelaskan artikel disiarkan sebuah portal berita itu adalah palsu.



"Saya menafikan laporan berita berkenaan dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan.



"Berita berkenaan adalah berita palsu," katanya merujuk kepada satu artikel berita bertajuk 'Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen' seperti disiarkan portal berita berkenaan semalam.



Portal Suara.TV yang didakwa menyiarkan laporan itu bagaimanapun menafikan hal itu dan menyatakan artikel yang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial lain adalah palsu.



Pada 27 Julai lalu, Datuk Azhar turut menafikan laporan sebuah portal berita bahawa beliau ada menerima surat permintaan daripada empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat.



Beliau menafikan sekeras-kerasnya laporan berita berkenaan dan menyifatkan ia satu pembohongan dan fitnah terhadapnya.



Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kesal dengan tindakan segelintir pihak menimbulkan syak wasangka berhubung ketetapan parti itu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin.



Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata kelmarin, persoalan 'what's next' (apa tindakan seterusnya) yang ditimbulkan pihak terbabit bertujuan menimbulkan rasa ragu terhadap perjuangan Umno untuk menyelamatkan rakyat dan negara.



Katanya, keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 7 Julai lalu secara jelas menyatakan 'what's next' jika dibaca dan dihayati dengan hati jujur.



"Ia terkandung dalam perkara tujuh hingga sembilan (kenyataan Umno) iaitu perkara tujuh, Umno mendesak Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh terhad.



"Perkara lapan pula, tempoh Perdana Menteri yang baru akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi serta imunisasi dapat disegerakan untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).



"Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan seperti terhasrat dalam titah Yang di-Pertuan Agong.



"Perkara kesembilan, selepas berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baru perlu segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook.



Datuk Ahmad Zahid menambah Umno tegas dengan pendirian seperti ditetapkan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 iaitu tidak akan menyokong sebarang usaha mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri.



Katanya, Umno juga tidak akan menyokong menubuhkan kerajaan ditunjangi Parti Tindakan Demokratik (DAP)-Pakatan Harapan (PH).



Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Encik Khairy Jamaluddin, sebelum ini dilaporkan berkata beliau kekal setia dengan Umno, namun mempunyai isu kepercayaan terhadap Presiden parti itu.



Kemelut dalaman Umno tercetus selepas parti itu menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri baru-baru ini sehingga menyebabkan dua Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Parit Sulong) meletakkan jawatan daripada Kabinet Tan Sri Muhyiddin.



Bagaimanapun, Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersama 30 lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengumumkan kekal menyokong kerajaan PN sehingga keabsahan Tan Sri Muhyiddin ditentukan di Parlimen pada September ini. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >