Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Speaker Dewan Republikan Paul Ryan sokong Trump

Jun 03, 2016 | 12:42 PM

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat parti Republikan, Encik Paul Ryan, memberi sokongannya kepada calon presiden andaian parti itu, Encik Donald Trump, pada Khamis (2 Jun).

Ia satu langkah utama ke arah membina perpaduan Republikan menjelang pilihan raya umum Amerika pada November.

"Saya akan mengundi @realDonaldTrump musim gugur ini," kata beliau dalam laman sosial.

"Saya yakin beliau akan membantu menukar agenda Dewan GOP menjadi undang-undang."

Encik Ryan membuat kejutan bulan lalu apabila beliau berkata beliau "belum bersedia" menyokong Encik Trump sebagai calon presiden parti tersebut.

Bagaimanapun, menyusuli perbincangan dengan ahli perniagaan jutawan itu bulan lalu, atas tekanan daripada pemimpin lain Republikan, beliau berkata pada Khamis bahawa Encik Trump akan melaksana satu siri saranan dasar yang beliau sedang bangunkan untuk menjadi asas bagi pletform parti Republikan. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3