Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Speaker AS, Nancy Pelosi mungkin lawat Taiwan; China kata tenteranya "tidak akan berdiam diri"

Aug 02, 2022 | 06:42 PM



TAIPEI/BEIJING: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi siap melakukan lawatan ke Taiwan, menurut beberapa laporan semalam, sedang China menyuarakan amaran yang tenteranya “tidak akan berdiam diri” jika Cik Pelosi terus berkunjung ke negara pulau yang masih didakwa Beijing sebagai di bawah kuasanya.



China menyatakan ia sedang berkomunikasi dengan Amerika Syarikat berhubung lawatan Cik Pelosi ke Taiwan dan memberi amaran bahawa Washington akan menerima padahnya.



Beijing menganggap lawatan Cik Pelosi yang dirancang sebagai provokasi dan telah mengeluarkan amaran yang semakin teruk yang tidak menolak tindak balas tentera.



Sementara itu, China melanjutkan kawalan trafik udara di sekitar Xiamen, bandar paling dekat dengan Taiwan.



Sebuah jet tentera udara Amerika Syarikat yang menerbangkan delegasi Cik Pelosi ke Malaysia telah meninggalkan Kuala Lumpur pada petang Selasa, menurut laman web pengesan penerbangan Flightradar24 dan saksi Reuters.



Reuters tidak dapat segera menentukan sama ada Cik Pelosi atau delegasinya berada di dalam pesawat itu.



Salah sebuah akhbar Taiwan, Liberty Times, mengatakan Cik Pelosi dijadualkan tiba malam semalam dan akan berkunjung ke Parlimen Taiwan pagi ini sebelum meneruskan lawatannya ke negara-negara Asia yang bermula kelmarin ke Singapura dan kemudian ke Malaysia semalam.



Sementara itu, Pentadbiran Keselamatan Maritim China juga mengumumkan latihan tembakan langsung di bahagian Laut Bohai dan Laut China Selatan, menghalang kapal daripada memasuki kedua-dua kawasan sehingga tengah malam Sabtu.



“Berdasarkan apa yang saya tahu, sebagai tindak balas kepada kemungkinan lawatan Pelosi ke Taiwan, Beijing telah merumuskan beberapa siri tindakan balas, termasuk tindakan ketenteraan,” tulis pengulas nasionalis Hu Xijin di Twitter.



Berita Taiwan, EBC News berkata, Cik Pelosi akan tiba sekitar 10 malam semalam dan menginap di hotel Grand Hyatt Taipei.



Beliau akan meninggalkan Taipei pada tengah hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Taiwan Cik Tsai Ing-Wen.



Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken berkata kelmarin bahawa lawatan ke Taiwan itu adalah rancangan Cik Pelosi sendiri, tetapi beliau meminta China supaya tidak bertindak mencetuskan ketegangan gara-gara lawatan tersebut.



“Jika speaker mahu melakukan lawatan dan China pula cuba mencetuskan semacam krisis atau sebaliknya mencetuskan ketegangan, itu terserah sepenuh kepada Beijing,” kata Encik Blinken selepas satu sidang pengecualian nuklear di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



“Kami mengharapkan (China) – sekiranya Cik Pelosi melakukan lawatan itu – agar bertindak wajar dan tidak mencetuskan ketegangan selanjutnya.”



Dalam sebuah rencana lidah pengarang kelmarin, akhbar harian China mengatakan sekiranya Cik Pelosi berkunjung ke Taiwan, ia adalah suatu peristiwa penting bagi hubungan antara Selat dan hubungan Amerika-China.



“Pentadbiran Presiden Biden akan kehilangan kepercayaan China gara-gara tidak menghiraukan amarannya sekali lagi.



“Pemisahan kuasa di Amerika Syarikat sama sekali tidak boleh dijadikan alasan bagi membenarkan lawatan Cik Pelosi ke Taiwan,” katanya.



“Jika beliau meneruskan lawatan itu, ia adalah suatu tamparan terhadap perhubungan Amerika-China yang sedang genting dan malah menimbulkan suasana tidak menentu yang sedia ada dalam situasi sejagat yang membahayakan ini.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >