Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Spider-Man' dihukum penjara curi karya lukisan Picasso

Feb 21, 2017 | 08:10 AM



PARIS - Seorang pencuri licik dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana mencuri lima karya lukisan daripada salah satu muzium terbaik di bandar ini.



Vjeran Tomic, 49 tahun, mengaku mencuri lima lukisan bernilai lebih 104 juta euro ($156 juta), dengan memecah masuk Muzium Seni Moden Paris, berhampiran Menara Eiffel, pada 20 Mei 2010 .



Kaedah akrobatik dan gerakannya membuat pihak media menggelarnya Spider-Man.



Dia melarikan karya pelukis terkenal Modigliani, Léger, Braque, Matisse dan Picasso.



Salah seorang daripada tiga hakim berkata jenayah merupakan jenayah terhadap "barang budaya milik warisan seni manusia," katanya.



Dua rakan sejenayah juga dihukum penjara. Jean-Michel Corvez, 61 tahun, seorang peniaga barangan antik yang dikatakan menyuruhnya melakukan jenayah itu, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana peranan dalam jenayah itu dan menyimpan lukisan berkenaan.



Yonathan Birn, 40 tahun, seorang tukang jam, dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana menyimpan lukisan kemudian.



Kedua-dua rakan sejenayah juga dikenakan denda 150,000 euro. Tomic didenda 200,000 euro.



Dan ketiga-tiga lelaki itu diarahkan membayar ganti rugi 104 juta euro - anggaran nilai lukisan itu semasa dicuri - kepada kota Paris.



Sejak kejadan itu, Paris telah meningkatkan keselamatan di 14 muzium, termasuk Petit Palais. muzium lain, seperti Louvre, diuruskan oleh kerajaan negara Perancis. - NYTimes




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >