AS, S'pura baharui MOU bagi sertakan perubahan iklim, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

AS, S'pura baharui MOU bagi sertakan perubahan iklim

Perluas kerjasama jalankan program latihan bersama bagi negara Asean dalam pelbagai bidang
Sep 29, 2021 | 05:30 AM

SINGAPURA dan Amerika Syarikat bersetuju memperkukuh kerjasama, sedang mereka memperbaharui satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menyertakan bidang perubahan iklim dan kemampanan sekitaran.

Dua negara itu memperbaharui MOU bagi Program Latihan Negara Ketiga Singapura-Amerika (TCTP) di Washington kelmarin.

Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dan Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, menandatangani MOU itu.

Di bawah MOU TCTP itu, Singapura dan Amerika secara bersama menjalankan program latihan bagi negara anggota Asean dalam pelbagai sektor.

TCTP itu dibentuk pada 2012 menyusuli MOU yang ditandatangani Menteri Ehwal Luar Singapura ketika itu, Encik K. Shanmugam, dan Setiausaha Negara Amerika ketika itu, Cik Hillary Clinton.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, MOU itu diperbaharui dua kali, pada 2015 dan 2018.

Sehingga kini, lebih 50 agensi Singapura dan Amerika telah bersama-sama menjalankan lebih 57 program, daripada bantuan kemanusiaan dan bencana, kepada jenayah siber, kesihatan awam, perdagangan, bandar bijak dan ekonomi digital, bagi lebih 1,500 peserta dari negara Asean, Timor-Leste dan Sekretariat Asean.

"MOU yang diperbaharui ini merai tempoh satu dekad kerjasama yang berjaya antara Singapura dan Amerika di bawah TCTP.

"Kedua-dua pihak akan memperkukuh kerjasama pembangunan keupayaan berkaitan perubahan iklim dan kemampanan sekitaran di rantau ini, termasuk melalui dua program bandar bijak yang diumumkan semasa lawatan Naib Presiden Amerika Kamala Harris ke Singapura pada Ogos lalu," ujar MFA.

Dr Balakrishnan sedang melakukan lawatan kerja ke Washington D.C. dan bertemu Encik Blinken, selain dijadual bertemu beberapa pemimpin negara itu.

Menurut MFA lagi, dalam pertemuan mereka, Dr Balakrishnan dan Encik Blinken mengesahkan lagi hubungan baik dan lama antara Singapura dan Amerika pada ulang tahun hubungan dua hala ke-55 tahun ini.

"Kedua-dua pihak menggariskan kerjasama kuat dalam bidang pertahanan, ekonomi dan keselamatan, dan menyambut baik peluasan kerjasama dalam bidang seperti keselamatan siber, ketahanan rantaian bekalan, pertumbuhan sejagat dan inovasi, perubahan iklim dan angkasa," kata kenyataan itu.

"Dr Balakrishnan dan Encik Blinken juga mengadakan perbincangan substantif mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.

"Dr Balakrishnan menyambut baik komitmen Amerika untuk memperkukuh keterlibatannya dengan rantau ini dan Asean, dan mengalu-alukan lawatan Encik Blinken ke Singapura."

Dr Balakrishnan juga berkata Amerika dan Singapura "melihat ke masa depan", untuk menangani isu-isu termasuk perubahan iklim, persediaan menghadapi pandemik, ketahanan rantai bekalan, dan perkongsian baru bagi pertumbuhan dan inovasi.

Kerjasama dalam bidang tradisional dalam hubungan Amerika-Singapura, seperti pertahanan dan keselamatan, juga membina "rasa saling percaya dan muhibah besar", tambah beliau.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map