SINGAPURA telah mengeluarkan responsnya kepada ucapan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, sempena memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Dalam kenyataan awal pagi semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) telah mengambil perhatian ucapan Encik Abe Jumaat lalu bahawa beliau melahirkan kesedihan yang mendalam dan ucapan takziah ikhlas terhadap mereka yang terkorban semasa perang tersebut.