Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'PURA KEKAL TEGAS TERHADAP GANJA

Thailand hormati pendirian S'pura

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Thailand menghormati undang-undang yang melarang pengambilan ganja di negara seperti Singapura, dan tidak bercadang mempromosi penggunaannya kepada rakyat negara itu, kata Menteri Kesihatan Awam Thailand, Encik Anutin Charnvirakul.



"Bukan tujuan kami untuk mengubah pemikiran mereka," katanya.



Encik Anutin, juga Timbalan Perdana Menteri, telah berada di barisan depan berkaitan dasar ganja Thailand sejak parti politiknya, Bhumjaithai, memulakan usaha untuk membenarkan tumbuhan itu bagi kegunaan perubatan dan ekonomi pada pilihan raya 2019.



Ganja telah dinyahsenarai sebagai narkotik pada 9 Jun lalu.



"Saya berasa bangga (telah mencapai ini)," kata Encik Anutin.



Selagi "bahagian buruk" tentang ganja dapat dikawal, "jika ia memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat kami dan menjana pendapatan buat semua sektor berkenaan, kami tidak teragak-agak untuk mempromosi produk ini", tambahnya.



Pada 2018, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ganja perubatan dalam bentuk terhad.



Dengan ganja kini bukan lagi bahan terlarang, ia tidak lagi menyalahi undang-undang untuk mengambil, menanam atau memiliki tanaman ganja, membuka laluan kepada penanam rumah dan industri serta perniagaan untuk mendapat manfaat dari segi ekonomi.



Dalam beberapa bulan lalu, terdapat kenaikan besar produk berkaitan kanabis/ganja seperti daripada bunga ganja kepada makanan dan minuman yang tersedia di kedai, pasar raya dan kedai makan.



"Jutaan dolar telah dilabur ke dalam industri," kata Encik Anutin, sambil menekankan bahawa hanya ganja bagi kegunaan perubatan dibenarkan.



Ekstrak dengan lebih 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC), bahan kimia psikoaktif utama dalam kanabis, kekal dilarang di Thailand.



Namun kebenaran pengambilan ganja itu telah menarik perhatian dan kebimbangan beberapa pihak berkuasa, termasuk pemerintah Singapura, yang telah mengeluarkan amaran berkaitan pemilikan dan penggunaan ganja buat pelancong dari Thailand.



Singapura juga mempunyai klausa luar negara dalam undang-undang dadahnya yang membenarkan penduduk tempatannya ditangkap kerana mengambil dadah di luar negara apabila mereka kembali ke Singapura.



Sesetengah pelancong juga menyatakan rasa tidak selesa dengan penggunaan ganja secara bebas di Thailand.



Encik Anutin menolaknya sambil berkata: "Itu adalah pemikiran sesetengah orang yang tidak mahu membuka minda mereka.



"Selain itu, terdapat banyak lagi yang Thailand tawarkan seperti makanan, beli-belah, pantai dan tarikan kebudayaan lain." - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >