Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura, M'sia bakal bincang pembukaan semula sempadan pada 4 Mei

Apr 13, 2021 | 05:17 PM



KLUANG: Pemimpin Malaysia dan Singapura akan membincangkan, antara lain, pembukaan semula sempadan apabila mereka bertemu di Singapura pada 4 Mei, menurut Menteri Ehwal Luar Malaysia Hishammuddin Hussein.



Datuk Seri Hishammuddin juga mengatakan bahawa pandemik Covid-19 menyukarkan Malaysia untuk menghantar wakil mengisi jawatan Pesuruhjaya Tinggi di Singapura, yang telah kosong selama setahun sekarang.



Katanya, pelantikan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura masih dalam proses.



Jawatan Pesuruhjaya Tinggi di Singapura itu kosong setelah Datuk Zainol Rahim Zainuddin bersara pada April tahun lalu.



"Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura untuk bertemu rakan sejawatannya Lee Hsien Loong pada 4 Mei," kata Datuk Seri Hishammuddin.



Beliau berkata antara topik yang akan dibincangkan adalah pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura.



Katanya, walaupun dengan hasrat kerajaan Johor untuk membuka semula sempadan dalam dua bulan akan datang, Malaysia mesti mendapat persetujuan Singapura terlebih dahulu.



"Proses perbincangan masih berjalan. Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan baru-baru ini mengunjungi negara kami dan kami membincangkan perkara itu secara ringkas.



"Saya akan memastikan bahawa ini adalah agenda yang akan dibincangkan antara Tan Sri Muhyiddin dengan Encik Lee," katanya. - The Star/ Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >