S'pura saran anjur simposium tangani pengganasan, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

S'pura saran anjur simposium tangani pengganasan

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Nov 13, 2014 | 06:31 PM

SINGAPURA menyarankan penganjuran simposium deradikalisasi Sidang Puncak Asia Timur (EAS) dalam usaha memerangi pengganasan dan membentengi warga dari terpengaruh ideologi terorisme.

"Kita punya sedikit pengalaman dalam hal ini kerana kita telah melakukannya ke atas tahanan yang diberkas selepas 11 September 2001, yang punya kaitan dengan Al-Qaeda dan merancang untuk melakukan serangan di Singapura," kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya di EAS semalam.

Saranan Encik Lee dibuat sedang beliau menyeru para pemimpin EAS untuk mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai isu, termasuk kewangan, serta menangani ancaman-ancaman baru bukan tradisional, seperti pengganasan dan penularan virus Ebola.

Semalam, Menteri Ehwal Luar, Encik K Shanmugam, memberitahu media bahawa adalah menjadi tanggungjawab masyarakat antarabangsa untuk melakukan sesuatu untuk menangani ancaman itu kerana pejuang-pejuang ISIS "akan memberi ancaman besar kepada setiap masyarakat dan bukan hanya masyarakat di mana mereka kembali".

Minggu lalu, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen memberitahu Parlimen bahawa Singapura akan menyertai perikatan antarabangsa yang disertai 33 negara dalam menghadapi ancaman ISIS dan akan menyumbang para pegawai perancangan dan penyelaras, serta sebuah pesawat tangki KC-135R untuk pengisian minyak udara-ke-udara dan sebuah pasukan penganalisa imejan.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map