Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura tawar pertolongan bagi usaha bantuan banjir Australia: PM Lee

Oct 18, 2022 | 10:05 PM



CANBERRA : Singapura telah menawarkan untuk mengerahkan aset ketenteraannya yang berpangkalan di Australia untuk membantu usaha menolong mangsa banjir di New South Wales dan Victoria.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong menawarkan bantuan itu pada Selasa (18 Oktober) sewaktu satu mesyuarat tahunan dengan rakan sejawatannya di Australia, Encik Anthony Albanese, di Canberra.



Dalam satu sidang media selepas mesyuarat itu, Encik Lee berkata Singapura menghargai sokongan konsisten dan murah hati Australia buat latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di sana, yang disambung semula keseluruhannya selepas ia terhenti ekoran pandemik Covid-19.



"Kami sangat gembira unit kami ada di sini dan dapat memberi pertolongan kepada pemerintah Australia dalam tempoh memerlukan, sebagai contoh, sewaktu bencana alam dan banjir.



"Saya menyatakan kepada Perdana Menteri, Encik Albanese, tadi bahawa Singapura bersedia menyalur bantuan bagi menyokong usaha memberi  pertolongan kepada mangsa banjir yang dikendalikan Pasukan Pertahanan Australia di New South Wales dan Victoria," kata Encik Lee sambil menyatakan pegawai Singapura akan berurusan dengan pihak Australia untuk memikirkan cara terbaik untuk membantu.



Sejak minggu lalu, ribuan orang diminta mengosongkan kediaman mereka menyusuli banjir merentasi Victoria, Tasmania dan New South Wales.



Ini berlaku selepas kawasan tenggara dilanda banjir minggu lalu. Hujan yang turun melebihi purata hujan dalam tempoh lebih sebulan.



Pada Selasa, Encik Albanese berkata latihan ketenteraan Singapura di Australia membawa manfaat seperti pekerjaan buat masyarakat di kawasan pertengahan Queensland.



"Inilah yang dilakukan sahabat. Jika satu pihak melihat sahabatnya mengharungi tempoh sukar dan mereka bertanya, bagaimana kita boleh membantu? Dan Australia serta Singapura adalah sahabat karib, persahabatan ini lebih ditambah dengan usaha hari ini," jelas Encik Albanese.



Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) yang mempunyai detasmen yang berpangkalan di Oakey, Queensland, sebelum ini mengerahkan pesawat untuk membantu dengan usaha memberi bantuan kemanusiaan dan bencana.



Pada Mac, dua helikopter CH-47F Chinook membawa pegawai dan bekalan kecemasan bagi menyokong usaha bantuan banjir Pasukan Pertahanan Australia di Queensland dan New South Wales.



Pada 2020, RSAF juga menolong dengan usaha meredakan kebakaran belukar dengan mengirimkan bekalan dan membawa pegawai khidmat kecemasan.



Dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat tahunan berkenaan, kededua perdana menteri berkata mereka mengalu-alukan betapa dalamnya kerjasama pertahanan dan keselamatan kededua negara yang makan masa panjang.



Mereka juga akur akan kejayaan latihan dua hala Exercise Trident yang diadakan pada September.



Kededua pemimpin juga berbincang tentang melanjutkan kerjasama keselamatan termasuk mengenai usaha menangani pengganasan, keselamatan siber dan keselamatan sempadan di samping akur pada kepentingan menangani campur tangan asing.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >