Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sri Lanka arah perusuh ditembak bagi tangani pergolakan

May 12, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka telah mengeluarkan arahan menembak untuk mengatasi pergolakan yang telah menyaksikan bangunan dan kenderaan dibakar selepas pulau itu digegarkan keganasan dan rusuhan maut.



Ini sedang presiden negara itu menggesa orang ramai untuk menolak apa yang dipanggilnya "cubaan untuk mencetuskan kekacauan kaum dan agama", sedang pertempuran tercetus di banyak kawasan negara itu berkaitan cara pemerintah menangani krisis ekonomi yang menjejas rakyat di pulau itu.



Sementara itu, kumpulan penentang pemerintah dan satu kumpulan perniagaan utama pula menggesa supaya pemerintah baru dibentuk untuk menangani krisis negara itu, setelah perdana menterinya meletak jawatan.



Dengan ribuan anggota keselamatan menguatkuasakan perintah berkurung, kementerian pertahanan Sri Lanka mengumumkan pihak tentera "telah diperintah untuk menembak apabila melihat sesiapa sahaja yang menjarah harta awam atau membahayakan nyawa".



Isnin lalu, penyokong pemerintah bersenjatakan kayu menyerang penunjuk perasaan di Colombo yang telah melakukan bantahan secara aman selama berminggu kerana krisis ekonomi yang teruk dan menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa.



Penunjuk perasaan antipemerintah kemudian bertindak balas di seluruh negara dengan membakar puluhan rumah ahli politik parti pemerintah dan cuba menyerbu kediaman rasmi perdana menteri, Encik Mahinda Rajapaksa, di Colombo.



Encik Rajapaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri Isnin lalu.



Bantahan berterusan walaupun dilaksanakan perintah berkurung, dengan sesetengah orang mengingkarinya dan kemudian membakar bangunan dan kenderaan.



Sebuah hotel mewah yang dikatakan milik saudara keluarga Rajapaksa dibakar petang kelmarin.



Dalam satu lagi petanda keselamatan semakin merosot, beberapa kumpulan penduduk telah melakukan sekatan jalan utama ke lapangan terbang Colombo untuk memeriksa jika ada penyokong setia keluarga Rajapaksa yang cuba meninggalkan negara itu.



Penunjuk perasaan, kumpulan bisnes Sri Lanka gesa bentuk pemerintah baru



PEGANGAN kuasa puak keluarga Rajapaksa digoncang teruk oleh masalah kekurangan barangan keperluan dan bekalan elektrik selama berbulan-bulan, dalam krisis ekonomi terburuk Sri Lanka sejak merdeka pada 1948.



Pandemik Covid-19 turut menjejas sektor pelancongan yang penting dan memaksa pemerintah menghentikan kebanyakan import untuk menyelamatkan mata wang asing yang diperlukan untuk membayar hutangnya, yang kini gagal dibayarnya.



Namun, selepas beberapa minggu tunjuk perasaan secara aman, serangan ke atas penunjuk perasaan oleh penyokong pemerintah merubah segalanya.



Orang ramai yang marah membakar rumah sekurang-kurangnya 42 ahli politik yang menyokong Encik Rajapaksa.



Beberapa rumah keluarga Encik Rajapaksa turut dibakar, manakala sebuah muzium keluarga di kampung nenek moyang mereka dibakar.



Sementara itu, Presiden Gotabaya Rajapaksa menulis di Twitter menggesa rakyat bersatu menangani cabaran negara.



"Ini adalah masa buat semua rakyat Sri Lanka bersatu dan berganding bahu, untuk mengatasi cabaran ekonomi, sosial dan politik," ciap Encik Rajapaksa di Twitter.



"Saya menggesa semua #Srilankan supaya menolak percubaan subversif untuk mendorong anda ke arah kekecohan kaum dan agama.



"Menggalakkan kesederhanaan, toleransi dan kewujudan bersama adalah penting."



Rakyat Sri Lanka menyalahkan dinasti Rajapaksa atas kegawatan ekonomi yang menyebabkan negara hanya mempunyai rizab kira-kira AS$50 juta ($69 juta), menyebabkan kebanyakan import terkandas dan kekurangan bahan api, gas memasak dan keperluan utama lain.



Tidak jelas apa yang mendorong presiden mengeluarkan amaran itu. Namun Sri Lanka mempunyai sejarah ketegangan etnik yang panjang dan berdarah.



Penganut Buddha Sinhala adalah majoriti di negara dengan penduduk 22 juta yang juga mempunyai masyarakat minoriti Islam, Hindu dan Kristian.



Sementara itu, penunjuk perasaan dan kumpulan perdagangan utama di Sri Lanka menggesa dibentuk pemerintah baru.



"Kini seluruh negara menyokong kami," kata Encik Lahiru Fernando, 36 tahun, yang telah berkhemah di tapak bantahan antipemerintah selama berminggu-minggu.



"Mereka menentang generasi yang salah."



Unknown Persatuan Pakaian Bersama, yang mewakili industri pakaian yang merupakan industri penting ekonomi Sri Lanka, merayu diwujudkan kestabilan politik di negara itu.



"Adalah penting bagi pemerintah baru dilantik segera untuk mengisi kekosongan politik semasa," kata persatuan itu dalam satu kenyataan.



Parti pembangkang Sri Lanka pula telah menolak gesaan Unknown diwujudkan pemerintah perpaduan dan telah menuntut pengunduran sepenuhnya dinasti Rajapaksa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >