Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sri Lanka digegar siri lapan serangan bom

- Hingga 200 maut, lebih 450 cedera - 7 individu disyaki diberkas
Apr 22, 2019 | 05:30 AM



COLOMBO: Menteri Pertahanan Sri Lanka Ruwan Wijewardene, berkata tujuh individu yang terlibat dalam siri serangan ke atas gereja dan hotel di negara itu telah ditangkap.



Lapan serangan ke atas gereja dan hotel, termasuk di ibu kota Sri Lanka, Colombo, itu telah meragut sekurang-kurangnya 200 nyawa dengan 450 lagi cedera.



Sehingga akhbar ini dicetak, belum ada kumpulan atau pihak tertentu yang mengaku bertanggungjawab ke atas siri serangan yang berlaku sempena sambutan Easter Sunday - hari istimewa bagi penganut agama Kristian.



Dalam pada itu, para pegawai pemerintah Sri Lanka enggan menyifatkannya sebagai kejadian pengganasan, namun serangan tersebut telah menyasarkan tempat-tempat keagamaan dan juga bertujuan menjejas ekonomi negara tersebut.



Siri serangan itu juga tampak telah dirancang dan dilakukan secara terselaras.



Presiden Maithripala Sirisena berkata angkatan tentera dan polis telah melancarkan siasatan bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dan menggesa rakyat supaya bertenang supaya siasatan penuh dapat dijalankan.



Ketua gereja Katolik di Sri Lanka, Kardinal Malcolm Ranjith, yang turut menggesa orang ramai supaya bertenang, berkata belum dapat dipastikan sama ada serangan itu dilakukan pihak dalaman atau mempunyai unsur-unsur luar negara.



Sementara itu, dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata pemerintah Singapura mengutuk keras serangan ganas terkutuk itu yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat biasa.



"Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga yang telah kehilangan orang yang mereka sayang dan kami berharap mereka yang cedera akan segera pulih," kata kenyataan itu.



MFA menambah, ia telah menghubungi warga Singapura yang telah mendaftar sebagai berada di Colombo.



"Sejauh ini, tiada laporan warga Singapura yang menjadi mangsa kejadian-kejadian tersebut," tambah MFA. - Agensi Berita.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >