Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sri Lanka isytihar darurat

Jul 18, 2022 | 05:00 PM



COLOMBO: Pemangku Presiden Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe,  mengisytiharkan darurat di negara itu, menurut satu notis pemerintah yang dikeluarkan lewat Ahad  (17 Jul), sedang pentadbirannya berusaha meredakan kekacauan sosial dan menangani krisis ekonomi yang mencengkam negara pulau itu.





Pemimpin Sri Lanka itu telah mengeluarkan perintah darurat beberapa kali sejak April, apabila bantahan awam berlaku terhadap pengendalian pemerintah terhadap krisis ekonomi yang semakin mendalam dan kekurangan keperluan yang berterusan.





“Ia adalah wajar untuk dilakukan, demi kepentingan keselamatan awam, perlindungan ketenteraman awam dan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan penting untuk kehidupan masyarakat,” kata pemberitahuan itu.





Encik Wickremesinghe telah mengumumkan keadaan darurat minggu lalu, selepas bekas presiden negara itu, Encik Gotabaya Rajapaksa, keluar  dari negara itu untuk melarikan diri daripada pemberontakan rakyat terhadap pemerintahnya.





Tidak jelas sama ada perintah itu telah ditarik balik atau telah luput, atau sama ada Encik Wickremesinghe telah mengeluarkan semula perintah itu dalam kapasitinya sebagai pemangku presiden, setelah mengangkat sumpah pada 15 Julai.





Peruntukan undang-undang khusus darurat itu belum diumumkan pemerintah tetapi peraturan darurat sebelum ini telah digunakan untuk mengerahkan tentera untuk menangkap dan menahan penduduk, menggeledah harta persendirian dan meredakan bantahan awam.





Ibu kota komersial negara itu, Colombo, kekal tenang pada pagi semalam, dengan lalu lintas dan pejalan kaki keluar di jalanan. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >