Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sri Lanka rayu bantuan segera tangani masalah kurang zat makanan

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Sri Lanka menyuarakan rayuan bagi mendapatkan bantuan segera untuk menangani masalah kekurangan zat makanan yang dialami oleh kanak-kanak di negara itu ekoran krisis ekonomi sehingga mengakibatkan sembilan daripada 10 orang sangat bergantung kepada pemberian bekalan daripada pemerintah.



Kementerian bagi Ehwal Wanita dan Kanak-kanak Sri Lanka berkata mereka merayu kepada para dermawan swasta untuk menghulurkan bantuan makanan kepada ribuan kanak-kanak yang tidak mendapatkan makanan secukupnya.



Negara yang sudah muflis itu bergelut dengan krisis ekonomi paling buruk sejak mencapai kemerdekaan, dan kini tidak dapat menangani kebajikan rakyat.



"Semasa pandemik Covid-19 memuncak, masalah yang dihadapi amat buruk, dan sekarang pula dengan krisis ekonomi, keadaan semakin meruncing," kata setiausaha kementerian itu, Encik Neil Bandara Hapuhinne, kepada para wartawan di Colombo.



Encik Hapuhinne berkata, mereka mendapati sekitar 127,000 kanak-kanak tidak mendapat makanan secukupnya.



Mereka itu antara 570,000 kanak-kanak perempuan dan lelaki yang berusia lima tahun ke bawah, berdasarkan perangkaan pertengahan 2021.



Sejak itu, beliau menganggarkan bilangannya terus meningkat beberapa kali ganda gara-gara kesan inflasi yang semakin parah dan kekurangan bekalan makanan serta keperluan harian yang meruncing.



Beliau berkata, bilangan mereka yang memerlukan bantuan secara langsung daripada pemerintah bertambah hampir sekali ganda, lebih 90 peratus penduduk bergantung kepada pemerintah bagi mendapatkan bantuan kewangan.



Encik Hapuhinne juga mengatakan mereka itu termasuk sekitar 1.6 juta kakitangan pemerintah.



Kadar inflasi di Sri Lanka secara rasminya telah mencecah 60.8 peratus pada Julai lalu, tetapi para pakar ekonomi mengatakan sebenarnya ia sudah melebihi 100 peratus dan dikatakan kedua tertinggi di dunia selepas Zimbabwe.



Unicef juga telah mengeluarkan rayuan untuk mendapatkan dana dengan mengatakan kanak-kanak di Sri Lanka sangat terjejas gara-gara krisis ekonomi di negara itu.



Negara itu kehabisan tukaran asing untuk membiayai import barangan keperluan harian sejak lewat tahun lalu apabila Colombo gagal membayar hutang luar negara yang berjumlah AS$51 billion ($70.18 bilion) pada pertengahan April.



Di bawah pentadbiran Presiden Ranil Wickremesinghe yang baru ini, pemerintah Sri Lanka kini sedang merundingkan soal mendapatkan bantuan daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).



Penduduk negara yang berjumlah 22 juta orang itu, mengalami kesulitan berpanjangan dengan ketiadaan bekalan tenaga, minyak dan makanan serta ubat-ubatan.



Padahal negara pulau di Asia Selatan itu dulunya merupakan sebuah negara yang makmur.



Bulan lalu, mantan Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri ke luar negara dan kemudian meletakkan jawatan gara-gara diburu ribuan penunjuk perasaan yang marahkan cara beliau mentadbir negara hingga memicu kepada krisis ekonomi paling buruk. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >