Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sri Lanka tidak akan lanjutkan perintah darurat

Aug 18, 2022 | 06:12 AM



COLOMBO: Perintah darurat yang dikuasakan di Sri Lanka sejak pertengahan bulan lalu tidak akan dilanjutkan selepas minggu ini, kata Presiden Ranil Wickremesinghe, melalui pejabat medianya kelmarin, setelah bantahan-bantahan terhadap kemelut ekonomi di negara itu sudah reda.



Parlimen Sri Lanka telah memilih Encik Wickremesinghe sebagai presiden pada 20 Julai lalu, setelah presiden sebelumnya, Encik Gotabaya Rajapaksa, melarikan diri ekoran beberapa bulan bantahan gara-gara kekurangan bekalan makanan, minyak dan ubat-ubatan meruncing.



Encik Wickremesinghe, yang sudah enam kali menjadi perdana menteri negara itu, menguatkuasakan perintah darurat pada 18 Julai, semasa beliau memangku jawatan presiden, selepas puluhan ribu penunjuk perasaan menyerbu bangunan-bangunan pemerintah untuk mendesak penyelesaian terhadap krisis ekonomi paling buruk dalam masa tujuh dekad.



Pejabat Encik Wickremesinghe memetik presiden itu sebagai berkata semasa satu acara di ibu kota Colombo, perintah darurat akan dihentikan pada minggu ini.



Beliau meminta supaya diwujudkan keamanan dan sokongan politik bagi membantu usaha mendapatkan bantuan daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).



Sri Lanka telah gagal membayar faedah hutang negaranya setelah sampai tempoh pada 3 dan 28 Jun, dan 18 Julai, dan bayaran semula hutang pokok yang sampai tempohnya pada 25 Julai.



Sri Lanka sedang menimbangkan penyusunan semula hutang dalam dan luar negara dengan harapan untuk mendapatkan pinjaman IMF berjumlah AS$3 bilion (S$4 bilion). - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >