Suami bunuh isteri kerana enggan seks

SEMPORNA - Seorang wanita berusia 38 tahun mati ditikam beberapa kali kerana enggan mengadakan hubungan seks dengan suaminya pada 4 pagi Ahad (22 Jan).

Suaminya, 50 tahun, mengelar dan menikamnya beberapa kali di rumah mereka di Kampung Pinggir Bakau setelah beliau menolak keinginan suaminya pada waktu subuh, kata Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas.

Beliau berakta wanita itu, Cik Norminah Bollok, meninggal di Hospital Daerah Semporna manakala suaminya menyembunyikan diri selepas kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis oleh jiran-jiran.

"Kami sedang memburu suspek yang melarikan diri rumah dengan beg mengandungi dokumen anak-anaknya," kata Penguasa Umbuas.

Beliau berkata, mereka menemui pedang samurai yang dipercayai menjadi senjata pembunuhan.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata suspek bangun awal dan menghampiri isterinya untuk melakukan hubungan seks.

Apabila beliau enggan, suspek marah, mengeluarkan pedang dan mengelarnya.

Dia kemudian melarikan diri. Anak-anaknya mengejarkan ibu mereka ke hospital.

Superitendan Umbuas berkata pasangan itu mempunyai lapan anak - empat lelaki dan empat perempuan - berusia antara 13 dengan 22 tahun. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.