Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Suami isteri maut di lebuh raya dalam perjalanan ke S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

MALAYSIA

Suami isteri maut di lebuh raya dalam perjalanan ke S'pura

Mar 19, 2023 | 05:30 AM

SEPASANG suami isteri warga Malaysia terbunuh di Lebuhraya Bukit Indah di Johor Bahru semasa dalam perjalanan ke Singapura untuk bekerja.

Kemalangan itu berlaku sekitar 7 pagi pada 16 Mac, semasa pasangan itu menunggang motosikal menuju ke Pusat Pemeriksaan Tuas, kata akhbar Shin Min Daily News dalam laporannya.

Penunggang motosikal itu, Encik Low Kim Cheong, 36 tahun dan pemboncengnya, Cik Tan Lay Ru, 30 tahun berada 18.4 kilometer dari pusat pemeriksaan apabila kemalangan berlaku.

Kededuanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mengikut laporan yang difail dengan polis Johor.

Adik perempuan Encik Low, Cik Low Shi Mei, memberitahu The Straits Times (ST) Cik Tan dijadual bersalin pada Mei ini.

Pasangan itu juga mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Keluarga itu tinggal di Setia Indah dan telah berulang-alik dari sana ke Singapura setiap hari untuk bekerja.

Encik Low bekerja sebagai penolong gudang di Topsteel Solutions Asia, sebuah pengedar bagi industri tenaga, sementara isterinya pengendali jualan di Vista Hardware Supplies.

Kededua syarikat terletak di kawasan barat Singapura.

Apabila dihubungi ST, pemilik Vista Hardware Supplies, Cik Serene Tan berkata beliau patah hati mendengar berita itu.

Beliau berkata:

"Lay Ru telah menyertai kami sejak sekitar setahun yang lalu. Beliau pekerja rajin dan ghairah belajar kemahiran baru."

Menambah, Cik Serene berkata beliau pernah memberitahu Cik Tan menunggang motosikal adalah berbahaya dan menasihatkan beliau untuk memandu.

"Beliau memberitahu saya menunggang motosikal ke Singapura lebih murah berbanding memandu ke sini," kata Cik Serene.

Mayat pasangan itu akan disemadikan hari ini, kata Cik Low.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3