MIAMI: Suhu di seluruh bumi meningkat sekali lagi bulan lalu, mencetuskan satu rekod baharu bagi Februari sebagai paling panas sejak rekod moden bermula, kata Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) semalam.
"Suhu purata global di darat dan permukaan lautan bagi Februari 2016 adalah yang tertinggi bagi bulan Februari dalam rekod data suhu global NOAA, dicatat sejak 1880-an," kata NOAA dalam satu kenyataan.