Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suhu musim panas lebih tinggi bermakna lebih banyak penyu betina

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



MARATHON (FLORIDA): Hampir kesemua penyu laut yang dilahirkan di beberapa kawasan di Florida adalah betina, antara kesan perubahan iklim di sana.



Malah, gelombang panas yang melanda baru-baru ini telah menyebabkan pasir di beberapa pantai di Florida menjadi terlalu panas, yang dijangka meneruskan keadaan itu.



Cik Bette Zirkelbach, pengurus Hospital Penyu di Marathon, sebuah kota di Florida Keys, berkata keadaan itu mencetus keprihatinan, memandangkan empat musim panas yang baru berlalu adalah yang paling panas dalam sejarah kawasan itu.



Florida Keys adalah gugusan pulau di kawasan selatan negeri itu.



"Para saintis yang sedang melakukan kajian ke atas telur dan anak-anak penyu yang baru menetas tidak menemui sebarang penyu jantan sejak empat tahun lalu," kata Cik Zirkelbach.



Hospital Penyu yang dikendalikannya itu telah beroperasi sejak 1986.



Cik Zirkelbach berkata suhu pasir menentukan jantina anak penyu dan satu kajian yang dilakukan di Australia menunjukkan perangkaan jantina yang serupa - 99 peratus anak penyu laut yang baru menetas adalah jantan.



Seperti buaya, jantina penyu laut bergantung pada suhu kawasan di mana telur dieram, mengikut Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Nasional (NOAA).



Jika telur dieram pada suhu di bawah 27.7 darjah Celsius, anak penyu yang menetas adalah jantan, sementara suhu pengeraman lebih 31 darjah Celsius menghasilkan penyu betina, kata NOAA. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >