Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Dunia0

Suhu tinggi berbahaya landa Eropah Barat

Jul 25, 2019 | 08:34 AM

LONDON: Penduduk Eropah Barat kini mengalami gelombang haba teruk minggu ini, dan suhu yang lebih panas dijangka menyusuli sementara Britain, Perancis, Jerman dan beberapa negara lain menghadapi suhu panas yang berbahaya dan memecahkan rekod. 

Pegawai negara-negara tersebut telah mengeluarkan amaran kesihatan suhu tinggi semalam, dengan mempertimbangkan kejadian di mana gelombang haba meragut ribuan nyawa penduduk yang tidak dapat menyesuaikan diri kepada cuaca dan juga struktur bangunan yang tidak dibina untuk tahan panas. 

Paris dijangka mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah hari ini, dengan ketinggian 42 darjah Celsius dan memecahkan rekod 40.4 darjah celsius pada Julai 1947, menurut khidmat cuaca negara itu Météo France. 

Bordeaux yang terletak di barat daya Perancis, memecahkan rekodnya Selasa lalu dengan suhu mencecah 41.1 darjah Celsius. 

Jerman dan Britain juga mungkin mencatat suhu tertinggi hari ini, menurut amaran khidmat cuaca negara tersebut, memecahkan rekod 40.3 dan 38.5 darjah Celsius masing-masing. 

Netherlands dan Belgium pula telah mencecah suhu tertinggi yang pernah dicatatkan semalam, 38.6 dan 38.8 darjah Celsius, dengan amaran bahawa suhu hari ini mungkin lebih teruk. 

Pihak berkuasa Belgium memberitahu mereka yang bekerja di luar untuk pulang kerja lebih awal sehingga Jumaat ini. 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian