Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GELOMBANG HABA MELANDA EROPAH

Suhu tinggi lebih awal dari musim panas biasa

Jun 16, 2022 | 06:18 AM



Agensi meteorologi Sepanyol beri amaran suhu rekod tertinggi bakal dicatat di 17 wilayah



MADRID: Kipas, alat hawa dingin, kolam renang, minuman sejuk dan aiskrim menjadi pilihan penduduk Sepanyol sedang negara itu berdepan dengan gelombang haba paling awal dalam lebih 40 tahun.



Awan udara panas dari Afrika Utara menyebabkan suhu meningkat, kata Agensi Meteorologi (Aemet) negara itu.



Gelombang haba itu diramal berlanjutan hingga esok, beberapa hari sebelum musim panas secara rasmi bermula pada 21 Jun.



Dengan suhu melepasi 40 darjah Celsius di bahagian tengah dan selatan Sepanyol, gelombang haba semasa adalah yang paling awal dicatat sejak 1981, menurut agensi meteorologi itu.



Ia diramal menyelubungi Eropah dalam beberapa hari akan datang. Cuaca panas perkara biasa di negara-negara selatan, tetapi suhu tinggi seperti itu biasanya datang lewat pada musim panas.



Di Toto e Peppino, sebuah restoran Italy yang terkenal di Madrid, pembuat pizza, Encik Simone Roma, 19 tahun, tidak menghadapi masalah bekerja berpanas berdekatan ketuhar.



"Anda bekerja dan anda terus bekerja kerana ini semangat dan kerana ini adalah perkara yang kami suka lakukan. Ini titik peluh, menjadi rezeki keluarga saya," katanya kepada Reuters.



Jurucakap Aemet, Encik Ruben del Campo, berkata:



"Walaupun haba melampau tidak dijangka berlaku pada Jun, hakikatnya gelombang haba telah menjadi lima kali lebih kerap pada abad ke-21".



Agensi cuaca negara itu juga menghantar amaran mengatakan gelombang haba menjadi lebih teruk di seluruh negara kerana kehadiran pasir dan debu dari Sahara.



Destinasi pelancongan popular seperti Sevilla dan Cordoba mencatat haba melebihi 40 darjah Celsius bukan perkara luar biasa pada bulan-bulan musim panas, yang biasanya hingga mencapai 43 darjah Celsius di ibu negara negara itu, Madrid, dengan suhu 41 darjah Celsius dicatat kelmarin.



Tahun lalu, suhu melampau di Sepanyol dicatat ketika berlaku ribut salji Filomena yang melumpuhkan negara itu pada Januari dengan suhu serendah -21 darjah Celsius serta gelombang haba memecahkan rekod bulan Ogos.



CNN melaporkan sebahagian kawasan di Sepanyol berdepan fenomena gelombang haba teruk bulan ini dengan suhu dilaporkan mencecah 40.3 darjah Celsius di bandar Jaen.



Perkara ini dimaklumkan Aemet, yang turut memberi amaran mengenai suhu rekod tertinggi bakal dicatat di 17 wilayah negara itu.



Menurut laporan, penduduk di selatan Sepanyol menggunakan kipas angin, kerap meminum air dan menyiram diri menggunakan air pancut ketika gelombang haba melanda wilayah autonomi Andalusia.



Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, Aemet berkata fenomena yang berlaku di bandar Jean dengan suhu meningkat lebih 16 darjah Celsius itu adalah lebih tinggi berbanding purata pada tahun ini.



"Bahagian lain di semenanjung Sepanyol merekodkan sekurang-kurangnya 7 darjah Celsius, lebih tinggi daripada purata biasa.



"Peristiwa ini sangat luar biasa untuk pertengahan Mei dan boleh menjadi salah satu kejadian paling teruk sepanjang 20 tahun yang lalu," kata Encik Ruben.



Agensi itu turut memaklumkan bahawa badar Segovia mengalami 'malam tropika' pertama bulan lalu apabila suhu pada waktu malam berada di atas paras 20 darjah Celsius. - Agensi berita.




Perancis sedia $726j galak tanam pokok di pekan, bandar



PARIS: Pemerintah Perancis mengumumkan perbelanjaan 500 juta euro ($726 juta) bagi menggalak projek menanam tumbuh-tumbuhan bandar bagi menangani suhu tinggi di kawasan pekan dan bandar, sedang gelombang haba melanda di selatan dan barat daya negara itu.



"Pemerintah akan menggalak pembangunan ruang sejuk di kawasan bandar dengan sokongan kukuh daripada pihak berkuasa tempatan untuk mereka menyesuaikan diri akibat perubahan iklim," kata jurucakap pemerintah, Cik Olivia Gregoire, kepada pemberita.



Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya "berjaga-jaga" kerana suhu mula meningkat di selatan dan barat daya negara itu.



Perancis dijangka menghadapi gelombang haba akhir minggu ini.



Agensi Meteorologi Perancis, Meteo France, meramalkan seluruh negara itu akan mengalami cuaca lebih panas daripada biasa.



Suhu puncak melebihi 40 darjah Celcius diramalkan hari ini hingga Sabtu, ujar Meteo France.



"Berdepan dengan gelombang haba ketara, meningkat dan lebih awal dari yang dijangka, pemerintah menyeru orang ramai supaya berjaga-jaga," ujar Cik Gregoire, sambil berkata warga tua, mereka yang tinggal sendirian dan gelandangan amat berisiko.



Murid sekolah dan guru turut mengeluh tentang kesan cuaca panas yang tiba pada tarikh peperiksaan akhir tahun bagi ramai pelajar.



Seorang guru sekolah rendah di Marseille memberitahu agensi berita AFP beliau telah mengukur suhu 30 darjah Celcius dalam kelasnya Isnin lalu.



"Kami menghadap ke arah selatan sepenuhnya dan kami tidak dapat membuka tingkap untuk membuat udara masuk," kata guru tersebut.



Sekatan penggunaan air sudah dilaksana di sekitar satu pertiga Perancis, dan pihak perbekalan menggesa petani, kilang dan penyedia perkhidmatan awam "berjimat" dalam penggunaan air.



Musim bunga sangat panas dan kering setakat ini, dengan bulan lalu merupakan bulan paling panas yang pernah direkodkan.



Di bawah satu undang-undang 2015 yang diluluskan oleh parlimen, semua bumbung di bangunan baru yang dibina di zon komersial di Perancis mesti ditutup sebahagiannya sama ada dengan tanam-tanaman atau panel solar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >