Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sukan Olimpik Tokyo dirasmi dengan hanya segelintir penonton

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun, yang telah tergendala beberapa kali akibat pandemik akhirnya dimulakan secara rasmi semalam.



Upacara sederhana yang diadakan di Stadium Olimpik Tokyo semalam biasanya boleh menarik ribuan penonton, tetapi hanya dihadiri segelintir penonton.



Sekatan Covid-19 yang dikenakan juga bermakna kurang 1,000 tetamu telah diundang untuk mengambil bahagian dalam upacara itu, termasuk 800 tetamu asing dan 150 dari Jepun.



Maharaja Naruhito membuka secara rasmi Tokyo 2020, tanpa diiringi anggota lain kerabat diraja, lapor CNN.



Beberapa pemimpin ternama di Jepun, seperti ketua pegawai eksekutif Toyota, Encik Akio Toyoda tidak hadir.



Penerbit eksekutif Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Encik Takayuki Hioki berkata penangguhan yang telah dilalui beberapa kali bermakna upacara pembukaan terpaksa dipermudahkan dan mesej yang ingin disampaikan diubah.



Namun, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Encik Thomas Bach berkata mengadakan Olimpik di tengah-tengah pandemik ini adalah satu kejayaan dan sumber kelegaan.



Singapura diwakili rombongan 23 atlet di Tokyo, termasuk putera kolam renang Joseph Schooling. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >