WASHINGTON: Pemerintah Barat kini menghadapi cabaran besar cuba menghentikan pembiayaan bagi militan IS kerana kumpulan pengganas itu beroperasi seperti "mafia" (samseng) di tanah jajahannya di Syria dan Iraq, kata pakar.
Berbeza dengan rangkaian Al-Qaeda, yang bergantung sepenuhnya daripada derma swasta, militan IS menguasai wilayah yang besar di Syria dan Iraq yang membolehkannya meraih pendapatan daripada kegiatan peras ugut, penculikan dan penyeludupan minyak dan barang-barang antik.