JOHOR BARU: Sistem pendidikan sesebuah negara harus memainkan peranan penting dalam menggalak perpaduan antara orang ramai, kata Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Beliau berkata semangat perpaduan harus bermula di sekolah.
“Seharusnya terdapat usaha untuk menggalak keamanan dan keharmonian antara penduduk, termasuk penekanan untuk mengukuhkan lagi identiti mereka.
“Saya percaya sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam membantu membentuk perpaduan dalam negara,” katanya selepas bertemu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Istana Pasir Pelangi semalam.
Sultan Ibrahim turut menekankan melalui pos di Facebook tentang pentingnya kanak-kanak menguasai bahasa Inggeris tanpa mengabaikan penggunaan Bahasa Malaysia.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Sultan Johor gesa guna pendidikan demi galak perpaduan
Jul 08, 2019 | 11:18 AM