MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menggesa kerajaan Malaysia segera menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang terutama berhubung kejatuhan teruk nilai ringgit.
Beliau berkata, masalah yang timbul perlu diselesaikan segera sebelum rakyat hilang kepercayaan dan mula membenci kerajaan yang ada, lapor Berita Harian Online semalam.