JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, memberi pesanan kepada orang Melayu serta menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu, kelmarin.
Dalam satu kenyataan sempena hari keputeraan beliau ke-59, Sultan Ibrahim berikrar akan menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam tanpa membiarkan krisis perebutan kuasa antara pemimpin Melayu terus berlaku hingga orang Melayu berpecah belah dan lemah, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.