Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Johor perkenan bubar dewan; adakan pilihan raya negeri

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).



Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Dato' Hasni Mohammad pada 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.



Desas-desus akan berlangsungnya pilihan raya negeri di Johor, selepas Sabah, Melaka dan Sarawak, bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.



Ia menjadi lebih hangat setelah Dato' Hasni mengesahkan Umno Johor bersetuju Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dan menyatakan beliau diterima menghadap Sultan Johor.



"Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Dato' Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.



"Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," demikian dinyatakan pejabat akhbar diraja Johor yang dimuatnaikkan di Facebook.



Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri, setiap ketua bahagian Umno Johor diarah untuk memberikan dua nama bagi setiap DUN, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) semalam, yang memetik seorang ketua bahagian yang enggan dirinya dinamakan.



"Setiap ketua bahagian Umno diminta senaraikan dua nama bakal calon untuk setiap kawasan DUN masing-masing.



"Kerusi itu berdasarkan apa yang kita tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).



"Perbincangan lanjut berkaitan calon termasuk kelayakan dan kriterianya akan dibincangkan pada mesyuarat nanti," katanya.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, akan ke Johor Bahru pada Selasa dan Rabu ini bagi memperincikan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) jika ia sah akan diadakan.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, "jadual kedatangan dua pemimpin tertinggi Umno itu sudah disiapkan sebagai persiapan awal".



"Jika PRN Johor berlaku, maka Umno Pusat akan membantu dari pelbagai sudut," katanya.



Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Ahmad Maslan, berkata sehingga kini dia belum menerima permohonan rasmi daripada mana-mana parti ingin bekerjasama bagi menghadapi PRN Johor.



Mengulas akan langkah Umno, Dato' Ahmad berkata:



"BN bertanding jika ada PRN itu sudah pasti. Bagaimana kaedah pertandingan itu kita masih ada masa untuk dibincangkan.



"Jadi, setakat ini saya sebagai setiausaha agung, saya tidak menerima sebarang apa-apa permohonan rasmi daripada parti di luar komponen BN.



Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya adalah Umno dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) masing-masing 14, Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), 11; Kongres India Malaysia (MIC) dua; PAS, satu; sementara Parti Amanah Negara (Amanah) enam; dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula tujuh.



Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >