Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Johor rasmi dimahkota

Mar 23, 2015 | 04:52 PM



JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor dalam satu istiadat penuh bersejarah di Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini pada pukul 10.10 pagi tadi.


Pada istiadat yang diadakan dengan penuh tradisi mengikut adat istiadat Kesultanan Johor itu, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut dimahkotakan dengan membawa gelaran Permaisuri Johor, laman Utusan Online melaporkan.


Istiadat Kemahkotaan itu disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsudin dan serentak dengan itu sebanyak 21 das bedilan meriam dilepaskan sebelum lagu Bangsa Johor dimainkan dan diteruskan dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.


Mufti Johor kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah.


Laman Berita Harian Malaysia pula melaporkan, istiadat kemahkotaan itu telah dipancar secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan yang disaksikan bukan sahaja rakyat Johor tetapi seluruh negara.


Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu.Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir. - Utusan Online, BHM, mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >