Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Malaysia sekali lagi berhenti untuk bantu mangsa kemalangan

Aug 05, 2019 | 08:32 PM



PETALING JAYA: Keperibadian berjiwa rakyat Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang mengambil berat kesusahan rakyat dikongsikan oleh akaun media sosial Istana Negara Malaysia hari ini (5 ogos).



Menerusi perkongsian dalam akaun Instagram Istana Negara, semasa dalam perjalanan untuk menghadiri satu program di Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turun dari kenderaan rasminya untuk bertanya khabar mangsa yang mengalami kemalangan jalan raya di ibu negara Malaysia itu.



Berdasarkan video yang dikongsikan, sambil diiringi beberapa pegawainya, Al-Sultan Abdullah   mendekati mangsa untuk bertanya khabar.



“Dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Seri Paduka untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim,” menurut keterangan video tersebut.



Al-Sultan Abdullah  kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja bagi merasmikan program Pameran Raja Kita.



Video itu ditonton hampir 132,000 kali selepas ia dimuatnaik dalam akaun media sosial berkenaan.



Ramai warga maya yang menonton video tersebut memberikan respon 'Daulat Tuanku' dan terharu melihat apa yang berlaku. - UTUSAN ONLINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >