Sultan Selangor perintah Pakatan Rakyat beri lebih dua nama calon MB, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:55
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Sultan Selangor perintah Pakatan Rakyat beri lebih dua nama calon MB

Sep 04, 2014 | 10:14 AM

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengeluarkan surat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menitahkan parti itu mengemukakan lebih dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, selain Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penerimaan surat terbabit disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan penjelasan lanjut mengenainya akan dibuat hari ini, selepas ulasan awalnya malam tadi ditarik balik.

Dalam pada itu, Tan Sri Abdul Khalid enggan terlibat dalam urusan pelantikan menteri besar baharu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap urusan pentadbiran ketika ini.

Menurutnya, tindakan untuk tidak mencampuri urusan tersebut telah dimaklumkan kepada pihak istana.

"Saya tak tahu dan saya pun tak nak ambil tahu.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Saya tak boleh terlibat. Dalam perkara ini saya minta tak terlibat kerana saya rasa saya ada kepentingan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Tambahnya, sebagai menteri besar, beliau hanya akan diberitahu tentang keputusan tertentu sepanjang proses pemilihan dan pelantikan dijalankan.

Tegasnya, beliau juga tidak mengetahui jumlah nama calon yang telah dihantar oleh PKR, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam.

"Saya tak tahu calon-calon dan jumlahnya.

"Yang saya tahu dan diberitahu, ketiga-tiga parti telah menghantar nama calon menteri besar dan untuk proses seterusnya pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang diberikan," katanya.

Ditanya jika terdapat tempoh masa yang ditetapkan untuk istana membuat tindakan seterusnya, Tan Sri Abdul Khalid berkata, perkara itu akan diketahui secepat mungkin.

Mengulas mengenai pilihan raya negeri yang mungkin terpaksa diadakan bagi menyelesaikan krisis ini dan mungkin membuka peluang kepada dirinya untuk terus menduduki kerusi menteri besar, jelasn, beliau menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Sultan Selangor.

Namun, beliau mengakui adalah penting untuk kemelut ini diselesaikan dengan kadar segera.

"Paling penting dan utama ialah mencari pengganti untuk menteri besar yang ada sekarang," katanya. - BHM, mStar Online

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map