Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sumbangan Lee Kuan Yew kepada pembangunan China diiktiraf

Dec 18, 2018 | 06:00 PM



BEIJING: Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, pada Selasa (18 Disember), diberi pengiktirafan kerana peranannya secara mendalam, melibatkan Singapura dalam perjalanan China berubah dan menjadi lebih terbuka kepada dunia.



Encik Lee antara 10 warga asing yang dianugerah Pingat Persahabatan Perubahan China di upacara yang diadakan di Dewan Besar Rakyat bagi meraikan ulang tahun ke-40 perubahan China.



Warga asing lain termasuk Encik Klaus Schwab, Encik Matsushita Konosuke,  Encik Ohira Masayoshi, Encik Stephen Perry dan Encik Robert Kuhn.



Seratus warga China juga diberikan Anugerah Perintis Perubahan China bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang sejak 40 tahun lalu, dalam proses perubahan dan menjadi lebih terbuka kepada dunia.



Mereka termasuk pengasas syarikat gergasi Internet Alibaba Encik Jack Ma, bekas pemain bola keranjang NBA Encik Yao Ming, pengasas jentera pencarian Baidu Encik Robin Li dan bekas pengarah-jeneral Pertubuhan Kesihatan Dunia Dr Margaret Chan.



Dalam ucapannya kepada ratusan pegawai, pemimpin perniagaan dan diplomat, Presiden China Encik Xi Jinping melahirkan penghargaan kepada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada pergerakan yang dimulakan oleh Deng Xiaoping pada 1978.



Encik Xi membandingkan perjalanan China dengan perjalanan mengharungi ribut serta laluan belukar dan berduri.



Parti Komunis China telah memimpin rakyat China dalam usaha mengubah hampir semua sektor dalam masyarakatnya dalam tempoh empad dekad, kata Encik Xi, mengimbas semula perubahan China dari ekonomi tradisional yang dirancang kepada ekonomi pasaran sosialis.



Ini termasuk melaksanakan perubahan mendalam dan menyeluruh dalam sfera ekonomi, politik, budaya dan sosial.



Encik Xi juga mengucapkan terima kasij kepada rakan luar negara yang membantu China dalam perjalanan itu.



Encik Deng dan Encik Lee memupuk persahabatan mendalam dan berpanjangan selepas kunjungan Encik Deng ke Singapura pada 1978.



Pada ketika itu, Encik Deng berkata China harus belajar daripada pengalaman Singapura menjadi moden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >