Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG UKRAINE

Sunak ikrar kekal bantuan tentera Britain kepada Ukraine

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, merancang membuat janji untuk mengekalkan atau menambah bantuan ketenteraan kepada Ukraine tahun depan, dan akan mendesak masyarakat antarabangsa supaya "lebih bersikap pragmatik dan tidak hanya bercakap hal-hal yang muluk sahaja".



Sokongan kerajaan Britain kepada Ukraine masih kekal dan tidak berubah, walaupun ada kekecohan beberapa bulan lalu apabila Encik Boris Johnson berundur dan digantikan oleh Cik Liz Truss, kemudian diambil alih kuasa oleh Encik Sunak.



Bagaimanapun, beberapa orang anggota parti Konservatif melihat Encik Sunak kurang tegas terhadap China berbanding Cik Truss - walaupun satu pertemuan yang telah dirancangkan antara Encik Sunak dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, semasa sidang puncak Kumpulan 20 (G20) di Bali, tidak terlaksana.



Minggu lalu, London telah mengharamkan pemasangan kamera keselamatan buatan China di bangunan-bangunan kerajaan.



"Di bawah kepimpinan saya, kita tidak akan meneruskan apa yang sedia ada. Kita akan melaksanakan sesuatu secara berlainan," kata Encik Sunak, yang sebahagian daripada ucapannya mengenai dasar luar Britain, diedarkan semalam.



Encik Sunak berkata keutamaan beliau adalah bagi "kebebasan, bersikap terbuka dan menurut undang-undang."



Para pegawai Kesatuan Eropah (EU) mempersoalkan sama ada Britain di bawah kepimpinan Encik Johnson dulu telah benar-benar komited terhadap perjanjian mengenai Brexit, terutama yang berkaitan dengan Ireland Utara.



Mengenai Ukraine, Encik Sunak membayangkan tidak ada amalkan oleh Encik Johnson dan Cik Truss.



"Kami akan bersama Ukraine seberapa lama yang boleh. Kita akan mengekalkan atau menambah bantuan ketenteraan pada tahun depan. Dan kita akan menyediakan bantuan baru bagi pertahanan udara," katanya.



Pada September lalu, Britain berkata ia adalah negara kedua terbesar dalam memberi bantuan ketenteraan kepada Ukraine selepas Amerika Syarikat, dengan menyediakan bantuan sejumlah £2.3 bilion ($3.8 bilion) pada tahun ini.



Encik Sunak berkata Britain perlu untuk mengambil pendekatan jangka panjang yang sama seperti pesaing dan pihak yang bertentangan dengannya.



Bagaimanapun beliau tidak menamakan secara jelas siapa yang dimaksudkan itu.



Encik Sunak sebelum ini telah menyifatkan China sebagai "cabaran sistematik" dan "ancaman paling besar dari sebuah negara terhadap keselamatan ekonomi Britain." - Reuters.




"Kami akan bersama Ukraine seberapa lama yang boleh. Kita akan mengekalkan atau menambah bantuan ketenteraan pada tahun depan. Dan kita akan menyediakan bantuan baru bagi pertahanan udara."



- Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >