Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suntikan $2.7 trilion bagi modenkan pengangkutan awam AS

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden kelmarin membentangkan pelan prasarana bernilai AS$2 trilion ($2.7 trilion) bertujuan memodenkan rangkaian pengangkutan Amerika yang teruk, sekali gus mewujudkan jutaan pekerjaan dan menyediakan pelaburan "sekali dalam satu generasi" bagi mengatasi China di pentas ekonomi sedunia.



Fasa pertama program "Membangun Kembali Lebih Baik, yang diketengahkan dalam ucapannya di Pittsburgh, memperincikan pelaburan besar selama lapan tahun.



Meletakkan prasarana di tengah-tengah agenda ekonomi presiden, ia memerlukan suntikan AS$620 bilion bagi pengangkutan, termasuk peningkatan semula lebih 30,000 kilometer jalan raya, membaiki ribuan jambatan dan menggandakan pendanaan untuk pengangkutan awam.



"Hari ini, saya mengusulkan satu pelan untuk negara yang menawarkan ganjaran kerja, bukan hanya ganjaran kemewahan. Ia membina sebuah ekonomi yang seimbang yang memberi setiap orang peluang untuk berjaya. Ia akan mewujudkan ekonomi yang inovatif, amat kental, dan paling kuat, di dunia," kata Encik Biden.



"Ini adalah satu pelaburan sekali dalam satu generasi, tidak seperti apa yang pernah anda lihat atau lakukan sejak kita membina sistem lebuh raya antara negeri dan perlumbaan udara berdekad-dekad lalu."



Perbelanjaan ini sebahagiannya akan ditanggung dengan meningkatkan cukai korporat daripada 21 peratus kepada 28 peratus.



Perbelanjaan baru ini disediakan tidak lama selepas Amerika meluluskan hampir AS$2 trilion pelan rangsangan ekonomi Covid-19.



Dalam ucapan Encik Biden yang penuh semangat itu, beliau menggariskan apa yang dijangkakan sebagai bantahan sungguh-sungguh di Kongres, di mana Parti Demokrat hanya meraih majoriti tipis dan berdepan dengan pembangkang yang kuat dari Parti Republikan.



Presiden Biden menyifatkan pelan induk ini sebagai "pelaburan untuk pekerjaan yang terbesar di Amerika sejak Perang Dunia ke-2," yang akan mengesahkan kedudukan negara itu di kedudukan teratas ekonomi sedunia.



"Ia akan mewujudkan jutaan pekerjaan, pekerjaan dengan gaji yang baik. Ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menjadikan kita lebih bersaing di seluruh dunia, menggalak kepentingan keselamatan nasional dan meletakkan kita dalam kedudukan untuk memenangi persaingan sedunia dengan China bagi tahun-tahun mendatang," katanya.



Kritikan pertama timbul sebelum Encik Biden berucap, yang datangnya dari sayap progresif partinya sendiri.



Wakil Rakyat, Cik Alexandria Ocasio-Cortez berkata, pakej itu "perlu jauh lebih besar". - AFP.




“Hari ini, saya mengusulkan satu pelan untuk negara yang menawarkan ganjaran kerja, bukan hanya ganjaran kemewahan. Ia membina sebuah ekonomi yang seimbang yang memberi setiap orang peluang untuk berjaya. Ia akan mewujudkan ekonomi yang inovatif, amat kental, dan paling kuat, di dunia. Ini adalah satu pelaburan sekali dalam satu generasi, tidak seperti apa yang pernah anda lihat atau lakukan sejak kita membina sistem lebuh raya antara negeri dan perlumbaan udara berdekad-dekad lalu.”
– Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >