KEJADIAN MENEMBAK MATI ANGGOTA POLIS DI LOUISIANA, AMERIKA SYARIKAT
'Suspek ada kaitan dengan gerakan antipemerintah'
Jul 19, 2016 | 05:30 AM
WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata menembak mati tiga anggota polis dan mencederakan tiga yang lain di Baton Rouge, ibu negeri Louisiana, dalam kejadian keganasan terbaru yang menyasarkan anggota pasukan keselamatan.
Pegawai polis di Baton Rouge terus bergegas sebaik menerima maklumat mengenai seorang lelaki membawa senjata api melepaskan tembakan kira-kira 9 pagi waktu tempatan.