Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek bom Bangkok dedah nama dalang serangan

Sep 08, 2015 | 11:28 AM



BANGKOK: Seorang daripada dua lelaki yang ditahan berkaitan pengeboman maut di Bangkok bulan lalu telah mengenal pasti dalang serangan itu, yang menurutnya meninggalkan Thailand sehari sebelum kejadian.


Suspek itu, Yusufu Mieraili, yang menurut polis ditangkap minggu lalu berhampiran sempadan dengan Kemboja, mengenal pasti dalang letupan Kuil Erawan Shrine dengan nama 'Izaan'.


Beliau berkata Izaan menyelia serangan tersebut dengan mengeluarkan arahan melalui aplikasi sembang WhatsApp.


Menurut sumber, Mieraili memberi keterangan bahawa Izaan meninggalkan Thailand melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 16 Ogos menuju ke China, dan kemudian Bangladesh.


Izaan mengarahkan Mieraili; Adem Karadag, yang ditahan di sebuah flat di pinggir bandar Bangkok dengan bahan membuat bom; seorang lelaki berbaju biru yang meletakkan bom di Jeti Sathorn; seorang lelaki berbaju kuning yang meletakkan bom di kuil tersebut; dan seorang orang asing yang tidak dikenali yang tinggal di sebuah bilik sebuah apartmen di daerah Minburi di mana bahan membuat bom ditemui, menurut Mieraili.


Dia berkata Izaan memberitahunya supaya membeli bahan kimia membuat bom di Internet, dan dia melaporkan kepada Izaan selepas membuat bom itu.


Dia diarah membawa bom itu dalam beg galas dan meninggalkannya di bawah sebuah bangku dekat Sungai Phadung Krungkasem, berhampiran Stesen Kereta Api Hua Lamphong.


Mieraili berkata lelaki berbaju kuning itu kemudian menukar begnya dengan beg mengandungi bom, tetapi dia tidak bertemunya.


Polis Thailand juga telah mengeluarkan dua waran tangkap baru, ke atas seorang lelaki asing bernama Abdullah Abdullahman, yang kewarganegaraannya tidak diketahui, dan seorang lagi warga asing yang tidak dinamakan, yang dilihat tidak jauh dari tempat suspek itu didakwa tinggal. - THE NATION/ASIA NEWS NETWORK, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >