Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek dalang serangan Paris pernah ditangkap kerana dadah

Nov 19, 2015 | 12:42 PM



AMSTERDAM: Suspek dalang serangan Paris, Salah Abdeslam, didenda kerana memiliki dadah di Belanda pada Februari lalu, menurut polis negara itu pada Rabu (18 Nov).


Dia bersama saudara lelakinya dan seorang lelaki ketiga berhenti berhampiran sempadan Belgium ketika pemeriksaan rutin pada masa itu, kata satu kenyataan polis Belanda.


Dia didenda Euro 70 ($100) kerana memiliki "dadah ringan", bermakna sama ada ganja atau hasis, semasa memandu pulang ke Belgium.


Abdeslam, 26 tahun, seorang warga Perancis yang tinggal di Belgium, sedang diburu polis Perancis, yang mengatakan dia memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksana serangan di Paris pada 13 Nov, yang mengorbankan 129 orang.


Polis Belanda berkata tidak ada waran tangkap ke atas dia semasa kesalahan dadah pada Februari itu.


Mereka menambah bahawa pada masa ini tidak ada kaitan langsung yang dikenal pasti antara suspek dalam serangan Paris dan rangkaian radikal di Belanda.


Abdeslam mengendalikan sebuah bar di kejiranan Molenbeek di Brussels bersama saudaranya, Brahim, yang meletupkan dirinya dalam serangan Paris, tetapi ia telah ditutup selepas polis menemui orang muda menjual beli dan menghisap dadah di bar itu pada musim panas lalu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >