Suspek pembunuhan pegawai polis Florida ditangkap

NEW YORK - Suspek yang dikehendaki berhubung insiden tembakan menyebabkan kematian seorang pegawai polis di Orlando, Florida, ditahan Selasa (17 Jan) selepas mengelakkan diri daripada pihak berkuasa lebih seminggu.

Apabila suspek, Markeith Loyd, ditangkap di sebuah rumah terbengkalai di Orlando, dia memakai perisai dan membawa dua pistol, dengan 100 butir peluru, kata Ketua Polis Orlando John W. Mina dalam sidang media.

Loyd mulanya cuba melarikan diri melalui belakang rumah tetapi kemudian keluar melalui depan, kata beliau.

Pegawai yang terbunuh, Sarjan Master Debra Clayton, ditembak di luar Wal-Mart di Orlando pada 9 Januari lalu ketika menghampiri Loyd, yang dikehendaki kerana membunuh temanitanya yang hamil, Sade Dixon, pada Disember, kata pegawai. - NYTimes

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:02
Zuhur
1:08
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.