Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek pengganas Batam dihantar ke Jakarta bagi siasatan

Aug 11, 2016 | 11:21 AM



JAKARTA: Lima suspek pengganas daripada sel yang pemimpinnya merancang menembak roket dari Batam ke Marina Bay di Singapura telah diterbangkan ke Jakarta untuk siasatan polis, kata seorang pegawai pada Khamis (11 Ogos).



Jurucakap polis kebangsaan Agus Rianto berkata anggota Katibah GR atau Cell GR itu, termasuk ketuanya, Gigih Rahmat Dewa, dibawa ke Jakarta di bawah kawalan ketat pada pagi Selasa, empat hari selepas mereka ditangkap pada 5 Ogos.



"Kami telah mengambil mereka dari Batam ke Jakarta pada hari Selasa dan mereka akan disoal oleh penyiasat Densus 88," katanya, merujuk kepada unit menentang pengganasan elit Indonesia.



Beliau berkata polis akan terus memburu anggota lain sel itu di Batam, dan di tempat lain di Indonesia.



Lelaki berumur 20 hingga 46 tahun itu dituduh melindungi suspek militan Uighur.



Gigih juga didakwa menerima dan menyalurkan dana bagi kegiatan radikal dan membantu warga Indonesia pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Polis merampas bahan membuat bom dan senjata daripada kumpulan itu.



Satu set busur dan anak panah, beberapa buku bank, wang tunai, kamera dan dokumen peribadi dirampas dari rumah Gigih.



Pistol angin diubah suai menyerupai senapang serangan AK-47 ditemui tersembunyi di loteng rumah seorang lagi anggota sel, Eka Saputra.



Polis turut merampas senapang angin, pistol angin, dan buku nota serta unit pemprosesan pusat komputer dari rumah seorang lagi suspek, Trio Syafrido.



Mereka telag mendapat latihan dalam pengendalian senjata api dan juga telah menubuhkan satu struktur arahan, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >