Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek penyokong ISIS tikam tiga pegawai polis di Jakarta

Oct 20, 2016 | 03:22 PM



JAKARTA: Seorang lelaki yang disyaki penyokong kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) menyerang pegawai polis di Indonesia dengan pisau pada Khamis (20 Okt) dan mencederakan tiga daripada mereka.



Serangan itu kelihatan sebagai pengganasan terkini yang diilhamkan oleh ISIS di Indonesia.



Polis menembak dan mencederakan penyerang tersebut selepas dia menikam tiga pegawai polis trafik semasa waktu sibuk di Tangerang, di pinggir Jakarta.



Bom paip yang tidak meletup dan pelekat besar ISIS ditemui berhampiran tempat kejadian, kata polis.



"Dengan tiba-tiba seorang lelaki dengan kejam menyerang pegawai kami dengan senjata tajam. Penyerang itu ditembak di paha dan kaki," kata jurucakap polis, Jeneral Boy Rafli Amar, kepada pemberita.



"Kami mengesyaki pelakunya pesimpati ISIS."



Polis juga berkata penyerang itu mungkin membawa sebuah bom paip, serta alat tajam itu yang digunakan untuk menikam para pegawai. "Kandungan bom yang disyaki itu sedang diperiksa," kata Jeneral Boy kepada pemberita.



Para pegawai polis dan penyerang tersebut, yang dilahirkan pada 1994 dan menganggur, sedang dirawat di hospital. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >