Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek pernah saman akhbar terbitan Capital Gazette

Jun 29, 2018 | 04:13 PM



ANNAPOLIS: Suspek berusia 38 tahun yang menembak mati lima kakitangan akhbar tempatan Capital Gazette, di sini, semalam, dilaporkan pernah menyaman syarikat itu dan seorang wartawannya atas tuduhan memfitnahnya pada 2012.



Menurut sumber pihak berkuasa, suspek dikenali sebagai Jarrod Warren Ramos dan tinggal di Laurel, Maryland dilaporkan sering mengemukakan tuntutan terhadap akhbar itu di mahkamah, selain menerusi media sosial.



Menurut dokumen mahkamah, pada 2011, bekas wartawan Thomas Hartley menulis dalam ruangannya di The Capital mengenai hubungan suspek dengan wanita yang tidak dinamakan, yang dikenali menerusi Facebook.



The Capital, iaitu salah satu akhbar terbitan syarikat Capital Gazette.



Dalam laporannya, Hartley berkata, Ramos menghantar pelbagai e-mel dan menggelar wanita itu dengan beberapa yang tidak baik serta kasar, malah suspek pernah memberitahu mangsa supaya membunuh diri.



Berikutan itu, Ramos mengemukakan tuntutan terhadap Hartley, pengarang dan penerbit, Thomas Marquardt serta syarikat induk akhbar berkenaan, Capital-Gazette Communications.



Mengikut rekod, Ramos mengaku salah atas kesalahan gangguan jenayah terbabit lima hari sebelum laporan Hartley itu diterbitkan.



Pada masa sama, Ramos mendakwa dalam dokumen mahkamah bahawa perspektifnya tidak dipaparkan dengan adil dalam tulisan itu.



Namun, pada 2013, mahkamah menolak tuntutan berkenaan dan seterusnya pada 2015, mahkamah rayuan mengekalkan keputusan itu.



Difahamkan, sepanjang kes berkenaan dibicarakan di mahkamah, pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Jarrod W. Ramos dilaporkan memuat naik mesej mengkritik Capital Gazette, Hartley dan sekumpulan hakim di Maryland.



Bagaimanapun, akaun berkenaan dilaporkan tidak aktif sejak Januari 2016 sehingga semalam, iaitu sebelum insiden tembakan di pejabat Capital Gazette.



Sementara itu, dokumen mahkamah pada 2015 yang memetik peguam Ramos berkata, anak guamnya itu bekerja dengan Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat selama enam tahun. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >