Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek serangan ganas di St Petersburg dikenalpasti

Apr 04, 2017 | 09:30 AM



ST PETERSBURG (Russia): Serangan ganas yang menyebabkan 11 orang terbunuh dan mencederakan kira-kira 50 yang lain dalam satu serangan bom di dalam sebuah kereta api yang berada antara dua stesen kereta api bawah tanah dipercayai dilakukan seorang pemuda dalam lingkungan 20an tahun dan berasal dari Asia Tengah.



Satu lagi bahan ledakan ditemui dan dimatikan di sebuah stesen berdekatan.



Serangan berlaku pada 2.30 petang waktu tempatan (6.30 petang waktu Singapura).



Paparan di media sosial menunjukkan gambar dan rakaman video yang memaparkan mangsa letupan terbaring di lantai dan pintu kereta api remuk.



Penumpang dilihat masuk ke dalam kereta api menerusi pintu dan tingkap untuk memeriksa jika ada mangsa yang belum dikeluarkan, sambil menjerit meminta dipanggil ambulans.



Agensi berita Tass dan Interfax menyatakan, suspek telah dikenalpasti tetapi terhadap laporan bercanggah tentang sama ada dia seorang pengebom nekad.



Pihak berkuasa Saint Petersburg telah mengisytiharkan perkabungan selama tiga hari sebagai menghormati mangsa.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, yang berada di bandar itu semasa kejadian berlaku, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meletakkan bunga semasa melawat tempat kejadian petang semalam.



Penyiasat Russia menyifatkan serangan itu sebagai "tindakan ganas" tetapi tidak memberi butiran lanjut.



Sejauh ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.



Perdana Menteri Russia, Encik Dmitry Medvedev, dalam kenyataan di akaun Facebook beliau berkata letupan itu adalah satu "serangan pengganas".



Encik Putin dalam pada itu ditukil sebagai berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada serangan itu ada kaitan dengan serangan pengganas atau sebab lain.



Menurut Jawatankuasa Kebangsaan Anti-pengganas Russia, bahan letupan mengandungi serpihan itu meletup di dalam kereta api yang dalam perjalanan antara stesen Sennaya Ploshchad dan Tekhnologichesky Institut.



Berikutan itu, tiga stesen metro ditutup, lapor media tempatan, Fontanka. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >